Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Antarabangsa

  • Pusat pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah sebuah entiti di bawah KUIN yang ditubuhkan secara rasminya pada 1 Ogos 2016  dengan dipertanggungjawabkan untuk menawarkan pelbagai kursuskepada sesiapa yang berminat sebagai satu cara untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

    Golongan sasaran PSH adalah pelajar sekolah, lepasan sekolah, pekerja industri, kumpulan professional, institusi pendidikan, jabatan dan agensi kerajaan, warga emas, suri rumah,pesara,OKU,badan bukan kerajaan dan lain-lain.

    Bagi tujuan menggalakkan pendidikan sepanjang hayat di kalangan orang di pelbagai peringkat,kebanyakan program atau kursus yang ditawarkan adalah dijalankan secara separuh masa dan disesuaikan mengikut keperluan individu. Kelas-kelas yang dijalankan pada hujung minggu memberi peluang dan memudahkan orang yang bekerja untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

     
  • Visi
    Menjadi pusat kecemerlangan bagi melahirkan modal insan yang berilmu dan sentiasa menguasai ilmu.


    Misi
    Bergerak ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat dan sebagai platform dalam membina hubungan antarabangsa yang kukuh bagi memudahkan aktiviti pertukaran ahli akademik,penyelidik dan pelajar serta meningkatkan aktiviti promosi dan pengambilan di peringkat antarabangsa.


    Objektif
    1.     Mempromosi perkongsian dan penyebaran Ilmu kepada masyarakat
    2.    Mengukuhkan hubungan akademik dan budaya di peringkat antarabangsa
    3.    Menguruskan pelaksanaanprogram francais

     
  • 1.    Menguruskan pelaksanaan kursus persijilan
    2.    Mengurus dan mengembangkan program francais
    3.    Membantu meningkatkan jalinan antarabangsa
    4.    Menguruskan permohonan pas pelajar dan pensyarah antarabangsa

     
  • Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengantarabangsaan,
    Kolej Universiti Insaniah,
    09300 Kuala Ketil,
    Kedah
    Tel: 04 4155017

    Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.