• PUSAT
  • PUSAT
  • PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI
  • icmslpte-cutie-Klinik PanelPortal Pelajare-Pay SlipPermohonan Online (U)Permohonan Online (P)DirektoriIRTIPerjawatanSemak Permohonan
  • Arabic Debate
    24 Jan, Tue | 09:00AM - 01:00PM

Pusat Pengajian & Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi

  • Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi ini bertekad meneroka, membina, dan mengembangkan pendidikan dan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan kaunseling dan perkhidmatan psikologi dengan tujuan akhir untuk membantu memperkasakan potensi pelajar dan menyuburkan kesejahteraan dalam kehidupan dan pekerjaan komuniti sejagat.

    Program Ijazah Sarjana Kaunseling bagi Pascasiswazah dalam kaunseling di Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi di Kolej Universiti ini ditawarkan bagi memenuhi kekurangan profesional yang mahir dan pakar dalam bidang kaunseling di Malaysia.

     
  • Objektif
    Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi KUIN ditubuhkan dengan objektif seperti berikut:

    • Menyediakan pendidikan profesional dalam bidang kaunseling pada peringkat pascasiswazah dan siswazah bagi menyediakan saintis-pengamal yang berketrampilan dalam mengendalikan tingkah laku manusia dengan menggunakan makmal kaunseling individu,kelompok dan keluarga di pusat ini.
    • Membangunkan siswazah yang berkemahiran tinggi dalam penyelidikan berorientasi kaunseling bagi menggerakkan penerokaan pengajian ilmu kaunseling dan latihan personalia.
    • Memberi perkhidmatan psikologi kepada tradisi global sambil mengembangkan ilmu psikologi dan menawarkan ujian-ujian psikologi, konsultasi, bengkel, seminar dan penerbitan serta aktiviti perkhidmatan psikologi pembangunan manusia yang bersifat tempatan dan antarabangsa.
    • Menyediakan siswazah yang berkemahiran tinggi dalam urusan pengendalian, membangun dan mengembangkan sains dan seni interpersonal  dan kognisi manusia dalam unsur-unsur kekeluargaan.

    Misi
    Misi Pusat Pengajian Kaunseling dan Perkhidmatan Psikologi ialah untuk menjadi Pusat terpilih dalam disiplin kaunseling dan perkhidmatan psikologi yang berkaitan serta untuk menghasilkan graduan-graduan yang profesional dan berketrampilan untuk kesejahteraan manusia.

     
  • Fungsi utama Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi adalah menawarkan kursus dan perkhidmatan berkaitan kaunseling dan psikologi yang merangkumi:

    • Menawarkan  program profesional dan akademik- Sarjana Kaunseling (Berperspektif Islam).
    • Memberi perkhidmatan masyarakat/komuniti.
    • Mengendalikan perundingan.
    • Menjalankan penyelidikan.
    • Menerbitkan bahan-bahan penerbitan.
     
  • Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi menawarkan program Sarjana Kaunseling. Perincian program ini adalah seperti berikut:

    Program Ijazah Sarjana Kaunseling
    Kod MQA  09326 MQA/FA 0105

    Sasaran

     

     

     

     

     

     

    :

     

     

     

     

     

     

    • Pensyarah
    • Kaunselor
    • Pegawai Pemulihan
    • Polis
    • Guru Agama
    • Pegawai Kebajikan
    • Ibu-Bapa
    • Ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO)
    • Dan mereka yang berminat dalam bidang kaunseling

    Selain itu, Pusat ini juga menawarkan khidmat kaunseling dan psikologi kepada warga kampus Insaniah sendiri dan masyarakat sekitar yang memerlukan bantuan perkhidmatan ini.

     

     

     
  • Untuk menghubungi Pusat Pengajian & Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi, sila hubungi:

    Telefon Pejabat : 04 4155463/ 04 4155462
    Pengarah : 013-4301572