Skip to main content

Kunjungan Hormat Delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mengadakan kunjungan hormat ke UniSHAMS. Kunjungan kali ini adalah rentetan daripada kunjungan yang telah diadakan oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Abd. Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 30 Januari 2024 yang lalu.
    ย 
    Kunjungan kali ini adalah bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan Kadar Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (PPNK) kepada pelajar UniSHAMS. Delegasi seramai 5 orang, diketuai oleh Puan Sunita Abd Aziz, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia) telah disambut oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UniSHAMS bersama pegawai Pejabat Bendahari.
    ย 
    Satu sesi perbincangan telah diadakan dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor UniSHAMS. Pada sesi perbincangan tersebut, Pengarah Bahagian Hasil & Kawalan Kredit, Puan Fuzaini Mohamad, telah membentangkan pembiayaan semasa yang telah diterima oleh pelajar UniSHAMS. Beliau turut membentangkan cadangan kadar baharu kepada pihak delegasi berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari.
    ย 
    Hasil perbincangan akan dibawa ke peringkat negeri untuk tindakan selanjutnya. Pihak UniSHAMS mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas keperihatinan dan keseriusan pihak kerajaan negeri dalam usaha memberi kemudahan pembiayaan kepada pelajar UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom