Skip to main content

Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim Sesi Februari 2024

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim (MSR) Sesi Februari 2024, di bawah kelolaan Pusat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah berlangsung dengan jayanya pagi ini, bertempat di Dewan Eksperimen, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS).
    ย 
    Majlis telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor. Ketika berucap, beliau mengingatkan para Mahasiswa/wi UniSHAMS untuk cepat menyesuaikan diri dengan transisi perubahan pembelajaraan di universiti dan mengambil peluang sebaiknya untuk berusaha mendalami ilmu serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di UniSHAMS.
    ย 
    Para tetamu juga telah menyaksikan Majlis Lafaz Ikrar yang dipimpin oleh saudara Shahriqul Husni, selaku Penghulu MSR. Manakala, Penghuluwati MSR kali ini adalah saudari Nursyafiqah Muhamad Sham. Majlis diserikan lagi dengan persembahan gimik serta tayangan video rangkuman sepanjang program MSR. Pada majlis ini juga, saudara Mohd Arif Syarifuddin dan saudari Nurul Fathonah Mohd Faudzi, masing-masing telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik MSR Sesi Februari 2024.
    ย 
    Hadir bersama menjayakan majlis kali ini adalah barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, Dekan Kulliyyah, Pengarah Pusat, Pegawai dan Ahli MPM UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom