Sponsorship
-
MuatTurun Slide Taklimat Penajaan Klik Disini
-
Pinjaman pelajaran Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) merupakan satu bantuan pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi. Pinjaman yang diberi adalah bermula dari peringkat sijil hinggalah peringkat ijazah pertama di institusi-institusi pengajian di dalam negara yang tersenarai dalam senarai institusi yang menerima tajaan LBNK. Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah mengikut peringkat pengajian dan jumlah tahun pengajian pelajar tersebut.
-
i. Permohonan dibuka mulai 15 Ogos hingga 15 September setiap tahun. (Bergantung kepada perubahan semasa)
-
i. Anak Negeri Kedah Darul Aman (pemohon dilahirkan di Negeri Kedah), atau salah seorang Ibu atau Bapa lahir di Negeri Kedah
ii. Mendapat surat tawaran UniSHAMS
iii. Tidak ada penganjur/penaja lain
iv. Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah pertama secara SEPENUH MASA. -
i. Diploma (RM4,000 setahun)
ii. Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama) - (RM6,500 setahun)
-
ii. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web LBNK di laman sesawang www.lbnk.gov.my
-
-
Pengenalan :
Affin Islamic Education Financing-i telah menawarkan pinjaman pendidikan kepada semua pelajar UniSHAMS di peringkat pengajian Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master), dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Tawaran pinjaman ini dibahagi kepada dua (2) pilihan iaitu pinjaman secara keseluruhan yuran semester dan penambahan pinjaman sedia ada (Tambahan pinjaman selain Affin Islamic bagi program yang tidak dapat menampung yuran keseluruhan) dengan jumlah minimum TIDAK KURANG RM5,000.00.
Pinjaman ini dibuka sepanjang tahun dan permohonan hendaklah dikemukakan melalui Unit Penajaan & Pusat Khidmat Setempat Pelajar (OSSC) dengan mengisi borang permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan (Dinyatakan dalam borang permohonan).
Untuk permohonan, sila muat turun borang berikut :
-
Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) mempelawa calon-calon UniSHAMS yang berkelayakan untuk memohon biasiswa penuh pendidikan bagi 8 program/peringkat pengajian.
-
i. Jadual ini telah dipersetujui di antara UniSHAMS dengan LZNK bagi setiap urusan khususnya tempoh permohonan pelajar.
ii. Sila rujuk Jadual Urusan Biasiswa LZNK
-
i. Beragama Islam
ii. Anak Negeri Kedah dan bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun dan mendapat pengesahan daripada JKKK/Amil
iii. Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup
iv. Tahun pertama pengajian sahaja layak memohon
v. Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian
vi. Pemilihan pelajar melalui temuduga
-
i. Hanya 8 program sahaja ditawarkan biasiswa ni yang merangkumi 4 program Diploma dan 4 program Ijazah Sarjana Muda.
ii. Sila rujuk syarat kelayakan sebelum permohonan dibuat.
iii. Sila rujuk senarai program dan syarat kelayakan
-
i. Sila muat turun borang permohonan Biasiswa LZNK Klik Di Sini
ii. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan dokumen berkaitan (disahkan oleh UniSHAMS) hendaklah dihantar ke Unit Penajan & OSSC pada atau sebelum tarikh permohonan ditutup.
iii. Tawaran biasiswa ini adalah terhad
iv. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga
-