Sambutan Keberangkatan Pulang KDYMM Tuanku Sultan Kedah

Alor Setar, 12 Dis 2016 - YBhg. Prof. Dato' Dr Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti dan isteri, Datin Zaharah binti Md Hashim mengetuai delegasi KUIN untuk sambutan keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV, bertempat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Alor Setar.

Lebih 200 pelajar KUIN turut serta memeriahkan acara sambutan yang telah diadakan sepanjang jalan menuju ke Istana Anak Bukit. Seluruh warga KUIN memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT akan kesejahteraan dan usia zaman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah selaku Canselor KUIN.