Print

Selamat Datang Pelajar Asasi Bagi Sesi 2013/2014

KUALA KETIL 3 JUN 2013: Pendaftaran bagi  Pengajian Asasi  untuk sesi 2013/2014 telah berlangsung di bangunan Kuliyyah Pusat Pengajian Asasi,  Kolej Universiti Insaniah. Pendaftaran itu bermula jam 9 pagi, dan dianggarkan hampir 100 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar Pengajian Asasi.

Asasi2013

TEKUN…waris dan pelajar mendengar penerangan yang di berikan ketika sesi taklimat bersama waris ketika pendaftaran pelajar baru  bagi Pengajian Asasi .

“Terima kasih kerana telah memilih INSANIAH,  dan tahniah diucapakn kepada yang telah berjaya kerana dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi “,  kata Prof. Madya  Faridah Abu Hassan Asaari, Dekan Pusat Pengajian Asasi  dalam ucapan beliau ketika sesi taklimat bersama waris yang telah diadakan di dewan Panggung Eksperimental.

Beliau juga turut menceritakan mengenai latar belakang Pusat Pengajian Asasi  INSANIAH, seperti yang kita tahu INSANIAH telah menawarkan  tiga program di bawah Pusat Pengajian Asasi seperti Asasi Pengurusan, Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam.

Untuk penjelasan mengenai  penginapan, Dr Rohani Desa, Dekan Hal Ehwal Pelajar, telah memberi taklimat secara terperinci kepada waris dan pelajar. Tidak ketinggalan juga berkaitan dengan pembayaran yuran dan pembiayaan pengajian telah diterangkan oleh Puan Che Kartina Mohd Idrus , selaku Ketua  Penolong  Bendahari.