Print

Malam Untukmu Syria “ Sebarkan Kasih Sayang Syria”

KUALA KETIL 19 Oktober 2014 - Jawatankuasa Asrama Kolej Kediaman Taman Aman Perwira dengan kerjasama selebriti Muslim Care dan Pusat Pengajian Asasi (PPA) telah mengadakan program Malam Untukmu Syria yang bertemakan “Sebarkan Kasih Sayang Syria” yang telah berlangsung di Dewan Tuanku Permaisuri Hajjah Haminah, Kolej Universiti Insaniah, Kampus Kuala Ketil baru-baru ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Syria. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dihadiri kira-kira 2000 penonton yang terdiri daripada pelajar KUIN, UUM,IPSAH, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah serta orang ramai diseluruh negeri Kedah.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari kumpulan UNIC, deklamasi sajak, talk show (Mini teater arahan Afdlin Shauki) dan jugak artis jemputan Heliza Helmi, Utz Syed Abdul Kadir Al Joofre, Salima Habibi, Aziz M. Osman dan Diana Amir.

Print

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI JALINAN KASIH 2014 DI RUMAH ANAK YATIM AMAL SOLEHAH, PENDANG - ANJURAN PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KO-KURIKULUM

PENDANG, 12 September 2014 – Pusat Pengajian Umum dan Ko-kurikulum yang menawarkan kursus Pengajian Islam kepada pelajar semester 5 Pengajian Islam Kuliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal, telah menganjurkan program khidmat komuniti Jalinan Kasih 2014 bertempat di Rumah Anak Yatim Amal Solehah, Kampung Sungai Durian, Pendang.

Selain memenuhi keperluan kerja kursus subjek Pengajian Islam, tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan menzahirkan penghayatan kemahiran insaniah dalam melakukan kerja amal serta memupuk sifat kasih sayang kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim.

Program ini disertai oleh seramai 30 orang pelajar semester 5 Kuliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal dan diiringi oleh Ustazah Azizah bt Ibrahim selaku pensyarah subjek Pengajian Islam. Program yang bertemakan “ Satu Hati Satu Jiwa Menyemai Kasih Sayang “ ini bermula pada jam 9 pagi.

Antara pengisian program ini adalah aktiviti gotong-royong membersihkan penginapan anak yatim, aktiviti dalam kumpulan (LDK) dan tayangan video. Dalam majlis penutup, pihak penganjur telah menyerahkan sumbangan wang tunai dan makanan berupa beras, minyak masak dan makanan ringan yang telah berjaya dikumpulkan kepada wakil pihak Rumah Anak Yatim Amal Solehah.

 

 

 

Print

Kunjungan Rasmi Timbalan Rektor (HEP & Alumni), KUIN Ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Alor Setar 9 Oktober 2014 – Baru-baru ini, Timbalan Rektor (HEP & Alumni) Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) telah membuat Kunjungan Rasmi ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Negeri Sembilan.

Beliau yang hadir seorang diri disambut oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah,Timbalan Naib Canselor (HEP & Almuni) dan Dr.Mohd Fisol Bin Ibrahim. Tujuan kunjungan beliau adalah untuk mendapatkan pandangan dan pendapat dalam urusan Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta diharapakan dapat menjalinkan hubungan kerjasama diantara Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) dan Universiti Sains Islam Malayasia (USIM) di dalam urasan Hal Ehwal Pelajar & Almuni khususnya dan di dalam bidang akademik mahupun pentadbiran umumnya di masa akan datang.

Kunjungan beliau selama dua hari pada 16,17 September 2014 mendapat layanan yang baik dari pihak USIM.

Print

Program Korban 2014 Anjuran Badan Kebajikan Staf KUIN (BKS)

ALOR SETAR 8 Oktober 2014 – Sempena Hari Raya Adiladha 1435H, Badan Kebajikan Staf KUIN (BKS) yang di Pengerusikan oleh Ustaz Mohamad Hazli Bin Ismail, Pengarah Pusat Komuniti telah menganjurkan Majlis Korban untuk warga Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) bertempat di perkarangan Stadium Mini KUIN Kampus Mergong.

Sebanyak 8 ekor lembu dikorbakan di atas sumbangan dari pelbagai pihak iaitu Y.Bhg Datuk Rektor menyumbangkan dua ekor lembu, tiga ekor sumbangan daripada Kerajaan Negeri dan selebihnya adalah sumbangan daripada kakitangan KUIN. Majlis bermula seawal 7.30pagi dengan menghimpunkan kakitangan daripada pelbagai jabatan. Biarpun sederhana, namun kemeriahnya tetap terasa apabila sebahagian besar kakitangan turut terlibat secara langsung menjayakan program korban ini. Program diadakan secara gotong-royong melapah daging, menyiapakan makanan,minuman dan menyediakan meja hidangan. Sambutan begitu mengalakan kerana kehadiran kakitanagn dan keluaraga memeriahkan suasana dalam keadaan santai.

Turut hadir Y.Bhg Datuk Rektor, Prof. Datuk Mohd Yusof Bin Kasim, Timbalan Rektor (HEA & Penyelidikan),Prof. Dr. Che Ani Bin Mad@Ahmad dan Timbalan Rektor (HEP & Alumni), Hj.Bukhori Bin Abdullah. Maljis selesai sekitar jam 2.00petang dengan setiap kakitangan memperolehi daging korban.

Print

Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia 2014

ALOR SETAR, 2 Oktober 2014 - Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2014  diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Kolej Universiti INSANIAH anjuran pelajar Kursus Pengajian Malaysia Kumpulan 5 dan Bahasa Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

            Antara matlamat program, adalah bertujuan untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi disamping menyemai semangat cintakan negara dalam menghayati makna kemerdekaan dalam diri setiap mahasiswa. Majlis dimulakan dengan alunan asmaul husna dan lagu negaraku seterusnya ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program Saudara Mohd Amirul Bin Yaakob serta ucapan oleh Puan 'Adlina Binti Abdul Khalil selaku penasihat program. Program ini dirasmikan oleh Prof Madya Dr Sohaimi Bin Md Lazim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti INSANIAH. Prof Madya Dr Sohaimi dalam ucapan perasmiannya memberi nasihat dan semangat kepada mahasiswa agar menghargai kemerdekaan yang telah dicapai serta berusaha menjadi warganegara yang berjiwa besar. Beliau juga turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengambil inisiatif untuk mengadakan program seumpama itu.

Program ini juga turut dihadiri oleh Dr Ali Sayyid, Dekan Kuliyyah Usuluddin, Prof Md Amin, Dekan Kulliyyah Syariah serta Puan Haslinawati Binti Hassan, Pensyarah Pusat Pengajian Umum. Program ini diserikan lagi dengan gimik perasmian yang menarik, persembahan choral speaking, duet medley, pameran poster kemerdekaan, pameran peta konsep, jalur gemilang gergasi, tayangan video, deklamasi sajak dan sebagainya.