• JABATAN
  • JABATAN
  • PERPUSTAKAAN
  • Portal Pelajar e-mail Staff Web OPAC Portal Perpustakaan icms e-hadir e-cuti e-Pekeliling Direktori Download Perjawatan Semak Permohonan

Perpustakaan

  • PENGENALAN

    Perpustakaan Akademik adalah merupakan salah satu bahagian terpenting di semua Institusi Pengajian Tinggi. Ini termasuklah di INSANIAH, di mana perpustakaan INSANIAH merupakan sebuah pusat sumber serta gedung ilmu yang amat berguna bagi pelajar dan juga kakitangannya.

    Perpustakaan INSANIAH berfungsi sebagai menyokong aktiviti pembelajaran di INSANIAH serta menyumbang ke arah penyaluran maklumat dan penyebaran ilmu terutama kepada pelajar INSANIAH untuk melahirkan intelektual-intelektual dan profesional Islam dalam segenap lapangan, ilmiah, pedidikan, dakwah, perundangan dan lain-lain bidang selaras dengan kehendak pembangunan masyarakat yang beriman, berilmu, beramal, bertakwa dan berakhlak mulia.

    Perpustakaan INSANIAH mempunyai sebuah jawatankuasa perpustakaan untuk membantu pihak perpustakaan dalam hal-hal pemilihan bahan perpustakaan, menggubal dasar atau peraturan perpustakaan, memantapkan koleksi perpustakaan dan memberi pandangan dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perpustakaan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan) , Dekan-Dekan Kulliyyah, Penyelaras Kursus, Pendaftar, Bendahari & Timbalan Ketua Pustakawan (setiausaha).

     
  • CartaMei2017

     
  • FUNGSI JABATAN

    Antara bebrapa fungsi utama jabatan adalah : 

    • Untuk memenuhi kehendak universiti dalam membantu proses pengajaran,pembelajaran, kajian dan khidmat kepakaran maklumat.
    • Menyedia dan mengurus perkhidmatan maklumat dan kemudahan perpustakaan yang berkualiti bagi keperluan pelanggan.
    • Mengukuhkan pengetahuan pengguna kearah program pembelajaran sepanjang hayat.
    • Membangun, mendokumentasi dan menyelenggara sumber maklumat di dalam keperluan pembelajaran.

      

     
  • UNIT-UNIT DI DALAM JABATAN & FUNGSI-FUNGSI

    1. Unit Pembangunan Sumber Ilmu
      1. Pengenalan
        Unit Pembangunan Sumber Ilmu Perpustakaan KUIN bertanggungjawab memilih dan memperolehi bahan-bahan bacaan bercetak dan bukan bercetak yang sesuai dan berkualiti bagi perpustakaan. Ia juga berperanan untuk memudahkan akses kepada semua bentuk maklumat dalam semua lingkungan perkara kecuali majalah bagi memenuhi keperluan pengguna perpustakaan secara efektif.
        Cadangan dan permohonan daripada kakitangan akademik KUIN disalurkan kepada bahagian ini untuk proses pembelian. Perpustakaan ini juga telah menerima banyak sumbangan bahan-bahan perpustakaan dari individu dan institusi.
      2. Fungsi
        • Membeli bahan perpustakaan termasuk bahan bercetak seperti buku,thesis, phamplet dan bahan bukan bercetak seperti CD-ROM, kaset, video dan lain-lain.
        • Memproses bahan sebelum di hantar ke Bahagian Pemprosesan Teknik.
        • Mengendalikan buku hadiah dan pertukaran buku perpustakaan dengan agensi luar.
        • Menerima bahan-bahan pesanan melalui pembelian.
        • Menerima bahan-bahan sumbangan dan hadiah.
    2. Unit Pemprosesan Teknikal
      1. Pengenalan
        Bertanggungjawab dalam proses mengkatalog, mengkelas dan memproses buku dan bahan maklumat untuk koleksi perpustakaan. pengkatalogan dan pengkelasan buku sehingga ke proses penyusunan buku di atas rak. Selain itu, proses penilaian dan pemantauan pembekal Sistem Perpustakaan "KOHA" dan Sistem Keselamatan Checkpoint, bahan-bahan maklumat boleh dirujuk di kepada Unit Automasi. Timbalan Ketua Pustakawan dan Unit Pemprosesan Teknikal bertanggungjawab dalam proses pengkatalogan dan pengkelasan buku dan bahan maklumat lain. Pembantu Perpustakaan bertanggungjawab memasukkan data ke dalam sistem dan melakukan pemprosesan teknikal ke atas buku sebelum disusun di atas rak.
      2. Fungsi
        • Memastikan semua buku yang diterima dari Unit Pembangunan Sumber Ilmu mengikut senarai dari invois yang dibayar.
        • Memastikan semua buku yang dicop dan diproses untuk dihantar ke rak perpustakaan dan cawangan dengan seberapa segera.
        • Memastikan semua proses pengkatalogan dalam dijalankan dengan lancar dan teratur.
        • Memastikan semua maklumat bahan yang dikatalog betul dan menepati sistem pengkelasan yang digunakan.
    3. Unit Automasi
      1. Pengenalan
        Unit Automasi bertangungjawab di dalam merancang, merekabentuk, melaksana dan menyelenggara sistem komputer Perpustakaan, termasuklah rangkaian pangkalan data, komputer gunasama staf juga pelajar dan keseluruhan terminal di dalam Perpustakaan.
        Merancang dan mengkoordinasi aktiviti di Perpustakaan yang melibatkan penggunaan teknologi informasi yang terkini. Objektif adalah untuk meningkatkan capaian dan akses maklumat bersama-sama pembangunan dan kemajuan teknologi.
      2. Fungsi
        • Memastikan penggunaan Sistem Perpustakaan (KOHA) sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk penggunaan pengguna
        • Memastikan Perpustakaan mempunyai aplikasi dan perkakasan yang terkini menepati keadaan semasa
        • Memastikan kakitangan Perpustakaan berpengetahuan dalam menggunakan aplikasi-aplikasi di Perpustakaan.
        • Selain itu membantu Perpustakaan mencapai objektif, misi dan visi KUIN.
    4. Unit Perkhidmatan Pelanggan
      1. Pengenalan
        Merupakan sebuah unit yang begitu penting bagi sesebuah perpustkaan. Melalui unit proses peminjaman, pemulangan dan pinjam semula buku disediakan untuk pengguna perpustakaan. Sebarang kesulitan dan permasalahan akan dirujuk kepada unit ِAutomasi berkaitan sistem perpustakaan iaitu "Sistem KOHA" dan sistem keselamatan menggunakan 'Check Point Security'. Pembantu perpustakaan / petugas kaunter bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan peminjaman, pemulangan dan pinjam semula buku.
      2. Fungsi
        • Memberi perkhidmatan pinjaman buku kepada pengguna perpustakaan.
        • Memberi perkhidmatan pinjam semula buku dengan melanjutkan tarikh pinjaman.
        • Memastikan buku-buku yang telah dipulangkan mengikut tarikh yang ditetapkan.
        • Memastikan buku-buku yang diterima dalam keadaan baik.
    5. Unit Rujukan dan Koleksi Khas
      1. Pengenalan
        Menawarkan perkhidmatan rujukan kepada warga universiti dalam membantu proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan Universiti. Unit ini jua bertanggungjawab dalam mengawal penggunaan pinjaman bahan rujukan mengikut tempoh yang telah ditetapkan serta menguruskan pinjaman dan pemulangan bahan-bahan yang dikategorikan sebagai Bahan Pinjaman Rujukan. Selain itu, bertanggungjawab dalam memastikan pinjaman dan pemulangan Bahan Rujukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
      2. Fungsi
        • Memberi kepimpinan dalam pembangunan perpustakaan dan pengurusan maklumat di Kolej Universiti Insaniah.
        • Memperkukuhkan infrastruktur sains dan perpustakaan untuk memastikan kemudahan akses kepada maklumat.
        • Menjadi pusat kecemerlangan maklumat dan menyelaras maklumat kepada kecemerlangan Islam dan pelbagai perkara lain.
        • Menggalakkan budaya membaca dan pengeluaran pemikiran kreatif kepada semua kakitangan dan pelajar selaras dengan matlamat untuk menghasilkan sebuah universiti Islam kreatif.

     

     
  • JABATAN PERPUSTAKAAN
     Tel :04-415 5074 (PEJABAT)  |   Fax : 04 415 5075 (KAUNTER)
    e-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    BILGAMBARNAMAJAWATANEXTEMAIL
    1  lokman MUHAMMAD LUKMAN BIN HARUN PUSTAKAWAN KANAN 5071 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
     2 razimah RAZIMAH BINTI MUSTAFA PEMBANTU PERPUSTAKAAN KANAN (SETIAUSAHA) 5074 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT PENTADBIRAN ,KESELAMATAN DAN KECERIAAN
    3  asri ASRI BIN ABDUL PENOLONG PEGAWAI TADBIR KANAN 5074 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT PEMBANGUNAN SUMBER ILMU
    4  zahir MAT ZAHIR BIN MAT ISA PEMBANTU PERPUSTAKAAN KANAN 5074 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    5 suriawati SURIYAWATI BINTI SHAFIE PEMBANTU PERPUSTAKAAN 5074 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT ASET, HADIAH DAN PERTUKARAN
    6  kamaruzaman KAMARUZAMAN BIN HAJI ABU BAKAR PEMBANTU PERPUSTAKAAN KANAN 5074 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT PEMPROSESAN TEKNIKAL DAN PEMULIHARAAN BAHAN
    7  mahmad MAHMAD NORDIN BIN ABDULLAH PEMBANTU PERPUSTAKAAN KANAN 5074 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    8  kushayri MOHAMAD KHUSYAIRY BIN ABDUL HAMID PEMBANTU PERPUSTAKAAN  5074 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT AUTOMASI DAN PENDIGITALAN BAHAN
    9  azizi MOHAMMAD AZIZI BIN OTHMAN PEMBANTU PERPUSTAKAAN KANAN 5074 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN DAN HASIL
    10  irfah SITI IRFAH BINTI MD. TAHIR PEMBANTU PERPUSTAKAAN KANAN 5075 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    11  yusri MOHD YUSRI SABHI BIN MD SAHIMI PEMBANTU PERPUSTAKAAN 5075 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT ARKIB RUJUKAN DAN KOLEKSI KHAS (REPOSITORI UNIVERSITI)
    12  suriani SURIANI BINTI MAT NOOR PEMBANTU PERPUSTAKAAN KANAN 5075 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    13  balkis SITI BALKHIS BINTI YUSOF PEMBANTU PERPUSTAKAAN Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.