• JABATAN
  • PEJABAT
  • TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN
  • icmslpte-cutie-Klinik PanelPortal Pelajare-Pay SlipPermohonan Online (U)Permohonan Online (P)DirektoriDownloadPerjawatanSemak Permohonan

Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan

  • PENGENALAN

    Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan (TR HEA & P) membantu Rektor untuk menjalankan tanggungjawab  mengurus, menyelaras dan memantau semua perkara yang berkaitan akademik. Oleh itu, sebagai ketua bagi semua Dekan Kulliyyah, TR HEA & P, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) memerlukan kerjasama dekan-dekan kulliyyah dan lain-lain jabatan serta unit akademik untuk terus mengekalkan kualiti akademik KUIN. Secara khususnya, tanggungjawab utama TR HEA & P adalah menyelia pengurusan dan pentadbiran hal-hal akademik bagi program Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah termasuk:

    • Pengambilan dan kemasukan pelajar
    • Pelaksanaan kalendar akademik
    • Merancang, menyelaras dan memantau perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran, jadual kelas, serta pendaftaran kursus
    • Merangsang suasana pembelajaran yang kondusif dan tersusun rapi
    • Merancang dan mengekalkan tenaga akademik berpengalaman dan berwibawa
    •  Memantau pembangunan kerjaya staf-staf akademik
    •  Proses Peperiksaan
    •  Memproses penilaian keputusan
    • Konvokesyen pelajar
    • Pembangunan Akademik termasuk perancangan dan menyelaras pembangunan program-program baru dan penambahbaikan kurikulum sedia ada
    • Promosi program-program akademik dan penyelidikan
    • Lain-lain tugas yang berkaitan pentadbiran yang diarahkan oleh Rektor

     

     
  • FUNGSI JABATAN

    Peranan utama Pejabat TR HEA & P adalah untuk memastikan kualiti dan pembangunan program-program akademik yang terdapat di KUIN dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Pejabat ini juga bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan isu-isu akademik, termasuk peperiksaan, penyerahan dan penggubalan soalan peperiksaan dan pengiktirafan keputusan, serta kemasukan pelajar ke program-program Asasi, ijazah sarjana muda, dan ijazah-ijazah lanjutan. Pejabat ini juga menguruskan konvokesyen mahasiswa dan penganugerahan ijazah-ijazah yang lain termasuk ijazah kedoktoran.

    Peranan ini adalah selari dengan Visi KUIN “memperkasakan Kualiti Pendidikan bertaraf antarabangsa”. Justeru itu, peranan utama Pejabat TR HEA & P adalah untuk memastikan kualiti pembelajaran dan penjanaan pembangunan program-program akademik yang bersifat “marketable and future driven” program. Ringkasnya, program yang diperlukan oleh pasaran di dalam negara, (serta di luar negara) pada masa ini dan di masa hadapan. Program-program yang sedia ada akan sentiasa ditambahsegarkan dengan nilai-nilai tambah yang diperlukan industri dan “stake holders”.

    Pejabat ini juga sentiasa bertanggungjawab memantau keseluruhan isu-isu akademik termasuklah:

    1)    Mengekalkan tenaga akademik berpengalaman dan berwibawa yang mencukupi,
    2)    Menambahbaiki lagi suasana pembelajaran yang tersusunatur,
    3)    Menggubal ko-kurikulum yang lebih baik atau sekurang-kurangnya setanding dengan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang tersohor. Ko-kurikulum yang berkualiti bukan sahaja diiktiraf oleh Malaysian Qualifying Agency (MQA), malah menambahnilai pasaran para graduan yang diasuhsuburkan,
    4)    Mempertingkatkan imej universiti ini sebagai sebuah institusi yang mengeluarkan para graduan yang berkualiti dari segi akhlak dan akademik yakni mampu menjadi pemimpin masyarakat,
    5)    Merangsang lebih banyak para pelajar untuk mendaftar di KUIN dengan perasaan bangga.

     

     
  • UNIT-UNIT DI DALAM JABATAN & FUNGSI-FUNGSI

    Antara unit-unit di dalam Pejabat Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan ialah:

    1.  Jabatan Hal Ehwal Akademik
    2. Kulliyyah Usuluddin
    3. Kulliyyah Syariah dan Undang-undang
    4. Kulliyyah Bahasa Arab
    5. Kulliyyah Al-Quran dan Sunnah
    6. Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan
    7. Kulliyyah Muamalat
    8. Kulliyyah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat
    9. Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal
    10. Pusat Pengajian Asasi
    11. Pusat Pengajian Umum dan Ko-kurikulum (PUPUK)
    12. Pusat Pengajian Siswazah
    13. Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kaunseling
    14. Pusat Bahasa
    15. Jabatan Perpustakaan
     
  • PEJABAT TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL PELAJAR DAN PENYELIDIKAN
    Tel : 04 415 5000 / 5044  | FAKS: 04 415 5050EMAIL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
     BIL GAMBARNAMA JAWATAN EXT EMAIL 
    1   Prof. Dr. Abdullah Osman AMN, BCK TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK & PENYELIDIKAN 5011 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    2  rosni ROSNIE BINTI MD ISA PEMBANTU TADBIR (P / O) 5012 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.