• PUSAT
  • PUSAT
  • PUSAT PEMASARAN, KOMUNIKASI KORPORAT & PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
  • icmslpte-cutie-Klinik PanelPortal Pelajare-Pay SlipPermohonan Online (U)Permohonan Online (P)DirektoriIRTIPerjawatanSemak Permohonan
  • No events

PUSAT PEMASARAN, KOMUNIKASI KORPORAT & PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

  • Pusat Komunikasi Korporat & Hubungan Antarabangsa (PKKHA) merupakan satu pusat khusus yang berada di bawah pemantauan Pejabat Rektor (Canselori).
    Bermula sebagai sebuah unit di awal penubuhannya, unit ini terus berkembang dan melebarkan peranannya seiring dengan kemajuan dan peningkatan kehendak serta keperluan semasa KUIN sehingga ia dinaiktaraf menjadi sebuah pusat dengan peranan yang lebih besar dan mencabar.
    Peranan yang lebih besar menuntut kepada pelaksanaan berstrategi yang disusun mengikut keperluan semasa, sehingga kini PKKHA telah menubuhkan 5 unit teras yang menjadi tunjang kepada gerakerja seharian. Unit-unit tersebut ialah


    1.    Unit Pentadbiran
    2.    Unit Pengurusan Acara & Protokol
    3.    Unit Pemasaran & Promosi
    4.    Unit Penerangan, informasi dan Media
    5.    Unit Komunikasi Korporat

     
  • VISI
    Manjadi nadi utama dalam pembentukan KUIN sebagai pusat penerokaan ilmu dan kebijaksaaan peringkat nasional dan antarabangsa.

    MISI
    Menyerlah nilai dan keunikan KUIN melalui komunikasi berkesan dan pengurusan yang professional.

    OBJEKTIF
    Menjalankan usaha-usaha meningkatkan imej dan mengharumkan nama Kolej Universiti Insaniah melalui pengurusan majlis rasmi universiti, kesentaraan, penerbitan serta perhubungan awam dan komunikasi korporat yang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan komited sejajar dengan perkembangan universiti di arus perdana pendidikan Negara.

    MOTO
    "Proaktif, Produktif, Efektif"

     
  • DASAR KUALITI
    Menyediakan perkhidmatan berkualiti, memberi penekanan terhadap penghasilan kerja serta sentiasa melakukan penambahbaikan bagi mencapai kepuasan dan kehendak pelanggan serta pemegang taruh.

    MATLAMAT
    Menjadi sebuah pusat yang efisyen dalam gerakerja khususnya berkaitan pengurusan acara, aktiviti pemasaran, pengurusan isu, media, dan protokol dalam usaha menaikkan nama baik KUIN.

     
  • PENTADBIRAN

    Mengurus hal ehwal pentadbiran pejabat, pembangunan staf jabatan, dan memantau perjalanan gerakerja dalaman jabatan.

    PENGURUSAN ACARA DAN PROTOKOL

    Mengurus dan melaksana program-program rasmi universiti,  melayani kunjungan serta memantau aktiviti/program-program yang dijalankan sekitar universiti.

    PEMASARAN DAN PROMOSI

    Merangka dan mengurus strategi promosi pemasaran peringkat nasional dan antarabangsa.

    PENERANGAN, DOKUMENTASI DAN MEDIA

    Menyelaras, menyebar maklumat dan memberi maklumbalas isu-isu semasa berkaitan universiti serta mengurus aktiviti berkaitan dokumentasi.

    KOMUNIKASI KORPORAT

    Mengukuh hubungan luar, membina rangkaian, mengurus komunikasi dan isu pekerja.

     
  • PENTADBIRAN    

    • Pengurusan operasi jabatan
    • Perancangan pembangunan jabatan
    • Agihan peruntukan jabatan
    • Pengurusan dokumentasi jabatan
    • Pengurusan setor, inventori dan asset

    PENGURUSAN ACARA DAN PROTOKOL    

    • Merencana pelaksanaan program rasmi university
    • Menjadi penasihat protocol kepada penganjur program-program university
    • Mengurus lawatan dari luar
    • Memantau pelaksanaan program oleh entity lain dalam universiti

    PEMASARAN DAN PROMOSI  

    • Merencana aktiviti promosi kemasukan pelajar baru
    • Merencana aktiviti pemasaran dan pengembangan imej university
    • Mengemaskini dan membuat kajian keperluan bahan yang berkesan untuk promosi

    PENERANGAN, DOKUMENTASI DAN MEDIA

    • Menyelaras dan memantau penyebaran maklumat hebahan
    • Mengurus  pengaduan awam dan isu berkaitan universiti
    • Mengurus dan menyelenggara perlatan media
    • Mengurus reka grafik, dokumentasi dan kewartawanan

    KOMUNIKASI KORPORAT  

    • Membentuk hubungan dengan pengamal-pengamal media
    • Membentuk hubungan dengan agensi, institusi, dan organisasi yang sesuai dan berkepentingan
    • Merangka strategi pengukuhan jatidiri pekerja dan penghayatan terhadap visi dan misi university
    • Mengurus komunikasi pekerja dalam bentuk perkongsian maklumat
     
  • PUSAT PEMASARAN, KOMUNIKASI KORPORAT & PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
    Tel : 04 415 5000 / 5044       Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
     BILGAMBARNAMA JAWATAN EXT EMAIL 
     1  hajihamlan HAJI HAMLAN BIN HAJI DIN  PENGARAH 5081  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
     2  hanafi MOHD HANAFI BIN MASRI   PENOLONG  PENDAFTAR 5083  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
     3 shila  ROSHILA BINTI ABDUL RAZAK  PEMBANTU TADBIR 5084  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
     4 nonon  NOR IZZATI BINTI ABU BAKAR  PEMBANTU TADBIR 5085  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
     5  aini NURUL AINI BINTI HASSAN  PEMBANTU TADBIR 5085  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    UNIT PROMOSI
     6  nasfi  MOHD NASFI BIN YON  PEMBANTU TADBIR

    5084

     Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
     7 shukor  ABDUL SHUKOR BIN YAAKOB  PEMBANTU TADBIR         Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.